top of page

Beristiqamahlah Sebagaimana Kamu Diperintahkan

YBY New_edited_edited.png

Keadilan Melalui Undang-undang

Rakan Kongsi Utama

Yusfarizal Aziz & Zaid

Sebuah firma guaman yang didaftarkan pada 2016 di Kuala Lumpur, menawarkan perkhidmatan "pusat-sehenti" untuk semua jenis khidmat guaman. 

YAZLaw terdiri daripada 5 orang rakan kongsi berpengalaman selama antara 13 ke 23 tahun, dan 9 orang peguam.

Dengan kekuatan kakitangan hampir 30 orang di ruang pejabat yang terletak di Maxim Citylights, Sentul, YAZLaw telah diberi kepercayaan oleh institusi-institusi ternama dan individu penting untuk mewakili mereka dalam kes litigasi rumit di Mahkamah, transaksi conveyancing dan korporat untuk aset-aset dan perniagaan mereka.

Selaku Rakan Kongsi Utama YAZLaw, Dr Yusfarizal bertanggungjawab sebagai kapten yang menunjuk arah, mentor yang membimbing, dan ketua yang bijak merencana.

Peguam Masyarakat

Peguam Litigasi Kanan

Dr Yusfarizal dikenali sebagai seorang peguam yang berani menjuarai isu-isu masyarakat dan kepentingan awam.

 

Beliau telah mewakili peneroka-peneroka FELDA Kemahang 3, Kelantan untuk mengambil tindakan ke atas FELDA atas fraud dan manipulasi berat timbangan sawit. Mahkamah Persekutuan memberikan pampasan jutaan ringgit kepada peneroka-peneroka.

Beliau juga telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menghadapi cabaran fatwa oleh SIS Forum (Malaysia) Berhad.

 

Disamping itu, beliau juga dilantik mewakili Jabatan Hal Ehwal Agama Islan Kelanta (JAHEAIK) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam kes cabaran Nik Elin terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 2019 Negeri Kelantan.

Istana-Negara_edited.jpg

Perjuangan menentang Basic Structure Doctrine

Politik Islam Membawa Kemakmuran

logo parti islam semalaysia - pas solid_s58.png
pas-selangor-696x522_edited.png

PAS Selangor

Parti Islam Semalaysia (PAS) adalah sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam.

 

Selaras Fasal 5 Perlembagaan PAS, objektif PAS adalah untuk "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah" dan "mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara".

PAS mengangkat kepimpinan ulama', namun dalam masa yang sama menerima golongan profesional untuk sama-sama membina negara. 3 komponen utama dalam perjuangan PAS ialah dakwah (penyebaran mesej Islam), tarbiyah (pendidikan dan pembentukan insan), dan siyasah (seni pentadbiran). 

Dr Yusfarizal telah diamanahkan oleh PAS Selangor sebagai Ketua Penerangan. Beliau aktif dalam menerangkan sisi baik PAS kepada masyarakat dan menjuarai isu-isu semasa dalam negara.

Dengan tekad "Bakti Demi Selangor", PAS Selangor komited untuk menjadikan Selangor lebih baik selaras tawaran EHSAN 2030.

channels4_profile_edited.png

Aksioma

Harakah adalah saluran media rasmi PAS merangkumi edisi cetak dan juga di dalam talian.

Dr Yusfarizal adalah seorang penulis tamu Harakah dengan kolum beliau berjudul "Aksioma".

Melalui "Aksioma", beliau mengutarakan sisi pandangnya terhadap isu semasa berdasarkan kepada kajian-kajian akademik dan logik, bersandarkan nas dan pedoman agama.

Sudut pandang beliau telah diterima oleh ahli-ahli PAS dan juga masyarakat sebagai sudut pandang yang sejahtera, adil dan terbuka.

Arkib

Sejuta Wajah

Untaian Bicara

Home: Blog Feed

© 2025. Dr Yusfarizal Yussoff

bottom of page